IPOH, 24 Ogos (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelajar perempuan yang dilaporkan hilang di Selama sejak 23 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Selama Superintenden Sarudin Samah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan S. Thaanusredevi, 17, yang kali terakhir dikesan berada di rumahnya di Taman Nesa.
Beliau berkata remaja itu disedari tiada di rumah sekitar 8 pagi pada tarikh tersebut.
"Remaja perempuan itu dipercayai membawa telefon bimbit dan beg tangan semasa kejadian namun pakaian terakhirnya tidak dapat dikenal pasti," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Wan Muhamad Luqman Wan Addas di talian 019-5155 469 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Selama di talian 05-8394 222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial