KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Agenda pemodenan aset strategik ketenteraan menjadi antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris di Perdana Putra hari ini.
Perdana Menteri, yang menerima kunjungan hormat Muhamad Norazlan, turut membincangkan tahap kesiapsiagaan pertahanan udara negara termasuk keperluan memperkukuh keupayaan teknologi dalam sistem pertahanan yang semakin mencabar dan canggih.
“Kerajaan MADANI akan terus memberi perhatian dan sokongan terhadap usaha memperkukuh keselamatan serta mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Perdana Menteri berkata dalam pertemuan itu, beliau turut menitipkan pesan agar Tentera Udara Diraja Malaysia kekal sebagai angkatan yang disegani di peringkat serantau sepanjang kepimpinan Muhamad Norazlan sebagai PTU.
Muhamad Norazlan Aris dilantik sebagai PTU ke-21 menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, yang menamatkan perkhidmatan pada 26 Jun lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial