AM

Pesta Kaamatan, Gawai Warisan Dan Simbol Perpaduan Malaysia - PM Anwar

30/05/2025 08:06 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai bukan sekadar pesta menuai sebaliknya mencerminkan sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia yang rencam dan unik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perayaan yang diraikan oleh masyarakat di Sabah dan Sarawak itu dalam semangat kesyukuran dan muafakat, turut memperlihatkan sisi kemanusiaan yang luhur dan MADANI, yang mesti terus ditonjolkan dan diperteguh semangat kemajmukan sebagai lambang perpaduan.

“Perayaan ini antara lain menjadi cerminan keharmonian, kerukunan dan menjadi simbolik kesyukuran kepada alam dan limpahannya.

“Mari bersama bulatkan tekad dan terus bekerja memastikan Sabah dan Sarawak terus menerima limpahan pembangunan yang saksama, baik dari sudut pembangunan, pendidikan mahupun kesihatan agar kesejahteraan rakyat dan generasi penerus kekal terjamin,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan