AM

KKDW Bantu Lapan Sekeluarga Dapatkan Kediaman Lebih Selesa

04/06/2025 04:51 PM

KUALA BERANG, 4 Jun (Bernama) -- Kesusahan lapan sekeluarga yang terpaksa tinggal dalam pondok usang di Kampung Paya Besar di sini, mendapat perhatian Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Terengganu yang akan membantu mendapatkan kediaman lebih selesa.

Pengarah KKDW Terengganu Md Razi Md Lazim berkata pihaknya telah pun turun padang dan akan membantu menyelesaikan masalah Mat Nasir Ismail, 48, yang turut mempunyai seorang anak lelaki kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran berusia 13 tahun

Beliau berkata kesempitan hidup menyebabkan keluarga itu terpaksa hidup berpindah-randah sehingga menjejaskan kualiti kehidupan dan pelajaran dua anaknya yang masih bersekolah.

"Kita akan cuba selesaikan masalah rumah sekali dengan bekalan eletrik dan air. Buat sementara waktu kita baiki tempat tinggal (pondok). Kita akan cuba selesaikan sebelum raya haji untuk mereka tinggal dengan lebih selesa dan selamat," katanya ketika ditemui di Kampung Paya Besar di sini hari ini.

Sementara itu, isteri kepada Mat Nasir, Mazilah Mansor, 47, berkata dia amat bersyukur dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan KKDW. 

Sebelum ini, media melaporkan Mat Nasir bersama keluarganya terpaksa tinggal dalam pondok usang tanpa dinding serta pintu di kawasan hutan.

Penyakit asma kronik yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas menyebabkan dia tidak dapat melakukan kerja berat untuk mencari rezeki.

Dua daripada lima anaknya, iaitu Muhammad Ramadan, 13, dan Muhammad Asyraf Muharam,11, masing-masing masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Berang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan.          

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan