AM

Konflik Thailand-Kemboja: Saya Hanya Fokus Kepada Penyelesaian - PM Anwar

29/07/2025 01:47 PM

Daripada Mohd Shukri Ishak

JAKARTA, 29 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya memfokuskan kepada penyelesaian berkaitan konflik Thailand dan Kemboja, bagi memastikan rantau Asean kekal stabil dan aman.

“Saya fokuskan kepada penyelesaian, itu yang saya sampaikan kepada China dan Amerika Syarikat.

“Saya buat panggilan (kepada) kedua-duanya (Perdana Menteri Kemboja dan Thailand) pada hari itu (24 Julai 2025) dan berlaku gencatan senjata.

“(Mereka) memerlukan waktu untuk tentera (berundur), namun keesokannya (25 Julai), berlaku lagi (konflik),” kata Anwar pada pertemuan bersama Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) serta pemimpin redaksi (pemred@ketua-ketua pengarang) Indonesia di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas pelbagai spekulasi kononnya gencatan senjata itu berlaku berikutan tekanan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan isu tarif terhadap Kemboja dan Thailand.

Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas pertemuan khas di Putrajaya, Malaysia semalam, dihadiri Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada pertemuan yang dipengerusikan Anwar.

Pertemuan khas itu mendapat liputan meluas seluruh dunia, termasuk media Indonesia, yang memuji peranan Anwar dalam merealisasikan gencatan senjata berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan