AM

DUN Selangor Tangguh Hari Ini

10/07/2025 07:08 PM

SHAH ALAM, 10 Julai (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berlangsung selama empat hari ditangguhkan hari ini.

Speaker DUN Selangor Lau Weng San menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran perjalanan sidang DUN kali ini.

“Terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua jabatan, pegawai kerajaan dan semua pihak atas kerjasama dalam melicinkan perjalanan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Ketiga kali ini,” katanya sebelum menangguhkan persidangan DUN Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata secara keseluruhan 12 usul, termasuk sesi penerangan insiden letupan paip gas di Putra Height, Subang Jaya, telah diluluskan dan dilaksanakan pada sesi kali ini.

“Saya berharap dapatan yang dikemukakan dalam sidang kali ini dapat dibuat langkah susulan oleh pentadbiran kerajaan negeri, termasuk beberapa janji yang telah diputuskan,” katanya.  

Dalam pada itu, Amirudin mewakili seluruh ADUN Selangor mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. 

“Semoga diberikan kesihatan dan keafiatan. Walaupun ada perbezaan, sumbangan dan jasa beliau kepada negara wajar kita hormati,” katanya.

Sidang DUN Selangor ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.  

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan