AM

Banjir: Jumlah Mangsa Dipindahkan Di Sabah Berkurangan

13/09/2025 10:36 AM

KOTA KINABALU, 13 Sept (Bernama) -- Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 378 orang daripada 117 keluarga pagi ini, berbanding 396 orang daripada 126 keluarga semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 224 mangsa daripada 64 keluarga dipindahkan di Penampang, manakala 154 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan di Beaufort.

Di Penampang, pusat pemindahan sementara (PPS) di Kompleks Sukan Penampang menempatkan (39 mangsa, 9 keluarga), Dewan Huguan Siau (142 mangsa, 45 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (43 mangsa, 10 keluarga).

Sementara itu, semua mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) di Selagon.

“Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir, dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan