AM

Model Kepelbagaian Kaum Sabah Inspirasi Untuk Keharmonian Negara

29/06/2025 09:18 PM

KOTA KINABALU, 29 Jun (Bernama) -- Model kepelbagaian budaya Sabah seharusnya menjadi inspirasi negara, kata Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata setiap kumpulan, tidak kira sekecil mana, menyumbang kepada kekayaan landskap yang menjadikan Sabah sebagai simbol kekuatan bagi kepelbagaian budaya Malaysia.

"Sabah adalah rumah kepada 42 kumpulan etnik orang asal dan lebih 200 komuniti subetnik, setiap satu mengekalkan bahasa, warisan dan pandangan dunia yang unik.

"Ini bukan sekadar statistik, ia adalah gambaran tentang betapa mendalamnya keharmonian dan penghormatan terhadap perbezaan identiti Sabah,” katanya dalam ucapannya pada 'Grand Finale' Pertandingan Menulis "Lagu Kita" - Sabah dan Pancaragam, di sini malam ini.

Mengenai pertandingan itu, Aaron berkata muzik berperanan sebagai bahasa universal, jambatan merentasi bahasa, kepercayaan dan adat resam.

Beliau berkata Lagu Kita pertama kali diwujudkan pada Jun 2024 dengan matlamat murni untuk meraikan kekayaan kepelbagaian budaya Sabah dan memperkasakan bakat muda menerusi penciptaan muzik asli.

“Menyedari nilai dan potensi inisiatif ini, kementerian saya berbesar hati menyokongnya dengan geran RM30,000,” kata Aaron.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan