AM

Friends Of Ministry: Ahli Parlimen Backbenchers Kongsi Pandangan – Dr Zaliha

21/08/2025 03:43 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Friends of Ministry (FOM) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) hari ini mengadakan sesi libat urus bersama Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan (Backbenchers), memberikan ruang kepada ahli parlimen untuk berkongsi pandangan tentang dasar dan isu rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata seramai 15 FOM terdiri daripada kalangan Ahli Parlimen Backbenchers telah dilantik, termasuk wakil dari bandar-bandar di Semenanjung Malaysia.

“Peranan mereka amat penting bagi memastikan dasar negara, khususnya di Wilayah Persekutuan, lebih menyeluruh, inklusif dan seimbang.

“Harapan saya agar sesi ini dapat diteruskan secara konsisten. Insya-Allah, ruang untuk mendengar, berkongsi dan berdiskusi akan sentiasa terbuka demi kesejahteraan warga kota,” katanya.

Beliau menambah lokasi pertemuan di Kuala Lumpur City Gallery, Medan Pasar, merupakan sebuah restoran yang sedang dijayakan sebagai projek ‘repurpose’ oleh JWP, antara fokus jabatan itu dalam memastikan pembangunan Kuala Lumpur mampan sambil mengekalkan warisan bandar raya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan