KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Perak Transit Bhd (Perak Transit) telah memperoleh Sijil Projek Hijau mengikut Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) di bawah Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Perak Transit berkata pemberian sijil itu adalah selaras dengan inisiatif kumpulan itu memperoleh 30 bas King Long City (Euro 5) bernilai RM17.1 juta.
Katanya, perolehan itu memenuhi semua kriteria kelayakan GTFS bagi jenis kenderaan cekap tenaga dalam sektor pengangkutan dan kategori pengguna.
Pengarah Eksekutif Perak Transit Datuk Cheong Peak Sooi berkata kejayaan memperoleh sijil GTFS bagi bas bandar hijau Euro 5 menunjukkan komitmennya terhadap penyelesaian pengangkutan yang mampan dan cekap tenaga.
“Pengiktirafan ini mengesahkan hala tuju strategik kami untuk memodenkan armada kami secara bertanggungjawab, meningkatkan kecekapan operasi dan menyelaraskan pertumbuhan kami dengan matlamat pembangunan hijau Malaysia,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial