KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-147 di Putrajaya, hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata mesyuarat berkenaan menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri khususnya dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama.
“Diharap segala keputusan dan perancangan yang dibentuk akan membawa manfaat langsung kepada rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial