POLITIK

Warta Proklamasi Pembubaran DUN Sabah Dikemuka Kepada SPR Dalam Masa Terdekat - Speaker

06/10/2025 06:58 PM

KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) -- Warta proklamasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya berkata ia akan diserahkan selepas beliau menerima proklamasi pembubaran DUN daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan diwartakan.

“Kita akan kemukakan warta proklamasi itu secepat mungkin kepada SPR. Namun, setakat ini saya belum terima proklamasi pembubaran tersebut.

“Selepas menerima proklamasi pembubaran DUN daripada Ketua Menteri, barulah kita (DUN Sabah) akan membawa sendiri ke Jabatan Cetak untuk diwartakan dan seterusnya kemukakan dan memaklumkan kepada SPR,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

DUN Sabah dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Hajiji membuat pengumuman pembubaran berkenaan selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan