AM

Hajiji Bertemu Wakil Rakyat Kerajaan Petang Ini

06/10/2025 01:31 PM

KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan di Menara Kinabalu di sini, pada 2 petang ini.

Perkara berkenaan disahkan Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi jemputan liputan media dikeluarkan hari ini.

“Perjumpaan diadakan di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu,” menurut jemputan liputan media itu.

Terdahulu, kenderaan yang membawa ketua menteri dilihat memasuki Istana Seri Kinabalu pada 8.51 pagi, diikuti kenderaan membawa Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman pada 9.20 pagi.

Kenderaan Hajiji kemudiannya dilihat meninggalkan Istana Kinabalu kira-kira 10.20 pagi.

Petugas media turut berkumpul seawal 8 pagi di hadapan istana bagi membuat liputan, manakala di Menara Kinabalu kumpulan media mula berada di lokasi seawal 9 pagi bagi membuat persiapan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan