EKONOMI

Belanjawan 2026 Akan Gabungkan Elemen Utama RMK13 - Amir Hamzah

30/09/2025 01:04 PM

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Belanjawan 2026 akan menggabungkan elemen utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang menetapkan keutamaan negara, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Belanjawan berkenaan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober depan, ia adalah yang pertama di bawah RMK-13 dan akan seiring dengan kedua-dua rancangan dan rangka kerja Ekonomi MADANI, katanya.

"Kita mesti melakukan pembaharuan untuk mengukuhkan perumahan, pendidikan dan kesihatan. Terdapat banyak agenda lain yang sedang kita usahakan dan Belanjawan 2026 akan menggabungkan elemen ini untuk memacu pembangunan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Ekonomi Dan Kewangan Awam (MEKA) 2025 di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan