KANGAR, 30 Sept (Bernama) -- Sasterawan negara Rejab Ismail atau dikenali dengan nama pena Rejab F.I meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Gorah, Repoh dekat sini hari ini.
Setiausaha I Persatuan Penulis Perlis Noor Zaidi Hamad berkata Rejab, 84, meninggal dunia kira-kira 4 pagi tadi.
“Saya difahamkan arwah akan dikebumikan selepas solat zuhur di tanah perkuburan Islam di Tanjung Gorah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Noor Zaidi berkata beliau mengetahui penulis kelahiran negeri Perlis dan penerima Anugerah Sastera Asia Tenggara 2016 itu menghidap penyakit darah tinggi dan jantung.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial