EKONOMI

DGB Asia Cadang Pengurangan Modal Sebanyak RM197 Juta

29/09/2025 10:13 PM

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- DGB Asia Bhd, sebuah syarikat penyelesaian perisian dan kejuruteraan mencadangkan untuk melaksanakan langkah pengurangan modal melalui pembatalan modal saham terbitannya yang susut dan tidak diwakili oleh aset sedia ada sebanyak RM197 juta.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kredit sepadan sebanyak RM197 juta yang terhasil daripada pembatalan berkenaan akan digunakan bagi mengimbangi kerugian terkumpul syarikat.

Setakat 10 Sept, 2025, DGB Asia berkata, jumlah modal saham terbitan syarikat sebanyak RM240,336,110 yang merangkumi 278,243,279 saham biasa.

Syarikat itu memberitahu ia mempunyai 52,272,900 opsyen Skim Terbitan Saham (SIS) yang belum dilaksanakan dan lembaga pengarah berikrar untuk tidak meluluskan sebarang opsyen SIS tambahan sehingga selesainya cadangan pengurangan modal berkenaan.

"Cadangan pengurangan modal ini akan membolehkan syarikat dan kumpulan merasionalisasikan kedudukan kewangan dengan mengurangkan kerugian terkumpul.

"Langkah ini dijangka meningkatkan kredibiliti syarikat dan kumpulan terutamanya dalam kalangan bank, pelanggan, pembekal dan pelabur," kata DGB Asia.

Menurut syarikat itu, cadangan pelaksanaan ini tidak akan memberi sebarang kesan material ke atas pendapatan dan pendapatan sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan