DUNIA

Mesyuarat Menteri ASEAN-China 2025 Fokuskan Pembangunan Bermutu Tinggi Dalam Sektor Pembinaan

17/09/2025 12:11 AM

GUILIN, 16 Sept (Bernama - CMG) -- Mesyuarat Meja Bulat Menteri China-ASEAN Mengenai Pembinaan 2025 berlangsung  di bandar Guilin, wilayah Guangxi, barat daya China pada Isnin.

Menteri dan perwakilan dari China dan 10 negara ASEAN serta Timor Leste mengadakan perbincangan mengenai usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan dan perumahan.

Inisiatif Guilin yang diluluskan mesyuarat menteri itu diyakini akan membantu untuk merapatkan kerjasama dalam sektor teknologi pintar dan perlindungan warisan sejarah dan kebudayaan, selain menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan rakyat dan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Mesyuarat Meja Bulat Menteri China- ASEAN antara wahana kerjasama pragmatik untuk melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Agenda Bandar Baharu, Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Tadbir Urus Global.

Sejak mesyuarat itu diadakan bermula 2023, Inisiatif Nanning dan Konsensus Kuala Lumpur telah dikeluarkan, sementara mekanisme kerjasama antara kedua-dua pihak China dan ASEAN terus disempurnakan dan banyak hasil tercapai.

– BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan