EKONOMI

MITI Terima Lebih 40 Cadangan Inisiatif Daripada Pihak Industri Bagi Belanjawan 2026

13/09/2025 12:18 AM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menerima lebih daripada 40 cadangan inisiatif daripada pihak industri bagi Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada bulan depan.

Menerusi hantaran di laman X, Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata antara cadangan itu merangkumi insentif fiskal dan bukan fiskal, teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Cadangan lain termasuk agenda pelaburan hijau, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),  pembangunan bakat, pekerjaan dan struktur gaji serta sokongan eksport dan perjanjian perdagangan bebas (FTA).

"Perbincangan secara bersemuka bersama kapten-kapten (pemimpin) industri ini amat penting untuk memastikan suara pemain industri didengari dalam merangka dasar dan strategi ekonomi negara yang inklusif, berdaya saing serta mampan.

"Terima kasih kepada semua wakil industri yang hadir dan berkongsi pandangan yang membina ini. MITI juga komited untuk memperkasa ekosistem perindustrian dan perdagangan negara demi pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan dan inklusif," katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengadakan sesi dialog bersama pemain industri menerusi Sesi Dialog Belanjawan 2026 MITI yang juga agenda libat urus tahunan kementerian berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan