AM

Hospital Sungai Buloh Mohon Bantuan Kesan Waris Pesakit

12/09/2025 09:13 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Hospital Sungai Buloh meminta bantuan mengesan waris kepada seorang tahanan penjara iaitu Muhammad Aiman Abdullah @ Phiong Joon Khiong, yang meninggal dunia di hospital itu pada 25 Mac.

Hospital Sungai Buloh dalam satu kenyataan memaklumkan, alamat terakhir pesakit lelaki berusia 40 tahun itu ialah di Kampung Sebuku, Bau, 94000, Sarawak.

“Beberapa usaha telah dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi menghubungi waris lelaki itu termasuk ibu bapa dan adik-beradiknya, namun tidak berjaya kerana panggilan tidak dijawab.

“Sehubungan itu, pihak hospital memohon kepada ahli keluarga, kenalan atau orang ramai yang mengenali si mati atau warisnya, supaya tampil membantu,” menurut kenyataan itu.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi 03-6145 4333 sambungan 3100, atau hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan