DUNIA

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12/09/2025 11:09 AM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan global susulan keyakinan pelabur bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat akan menurunkan kadar faedah minggu depan.

Pasaran menjangkakan penurunan kadar faedah oleh Fed AS selepas selepas tuntutan pengangguran AS meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir empat tahun, meningkatkan sentimen di bursa tempatan, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.86 mata kepada 1,585.71 daripada 1,582.85 pada penutupan Khamis.

Indeks dibuka tinggi 5.19 mata kepada 1,588.04.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 222 berbanding 91 dengan 2,085 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 120.33 juta unit bernilai RM64.91 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI merosot ke arah paras 1,580 pada Khamis selepas mencatatkan kenaikan pada sebelum itu.

"Diharapkan ada kenaikan kerana Bursa Malaysia kekal sebagai salah satu prestasi yang kurang baik di rantau ini. Bagaimanapun, memandangkan satu lagi minggu dagangan yang singkat, kami menjangkakan indeks berlegar antara julat 1,575 dan 1,585 hari ini," katanya.

Dalam saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM9.76, Public Bank tidak berubah pada RM4.22, CIMB Group naik dua sen kepada RM7.26, Tenaga Nasional menambah enam sen kepada RM13.28 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.15.

Bagi saham aktif, TWL Holdings tidak berubah pada tiga sen, Pharmaniaga meningkat 0.5 sen kepada 25 sen, Classita Holdings turun 0.5 sen kepada sembilan sen dan Bermaz Auto merosot empat sen kepada RM3.63.5.

Malaysian Pacific Industries mendahului kaunter untung naik 36 sen kepada RM28.58. Hong Leong Bank melonjak 16 sen kepada RM20.30, Country View menambah 13 sen kepada RM2.27 dan United Plantations menokok 12 sen kepada RM22.60.

Dalam pada itu, Nestle mengetuai kaunter rugi, turun 40 sen kepada RM95.10, Hong Leong Industries merosot 12 sen kepada RM13.66, waran Kelington Group merosot lima sen kepada RM3.85 dan Coastal Contracts menguncup lima sen kepada RM1.13.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 39.15 mata kepada 11,815.12, Indeks FBM 70 menokok 91.79 mata kepada 16,560.53, Indeks FBM Emas melonjak 29.52 mata kepada 11,784.56, Indeks FBMT 100 naik 31.43 mata kepada 11,547.23 dan Indeks FBM ACE menambah 7.92 mata kepada 4,757.63.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.66 mata kepada 164.99, Indeks Perladangan menambah 4.53 mata kepada 7,690.09, Indeks Tenaga melonjak 2.45 mata kepada 739.98, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 5.07 mata kepada 17,948.29.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan