DUNIA

China Salurkan Geran 2 Bilion Yuan Kepada Negara Anggota SCO Tahun Ini - Xi

01/09/2025 12:54 PM

TIANJIN, China, 1 Sept (Bernama-Xinhua) -- Presiden China Xi Jinping pada Isnin berikrar untuk menyalurkan geran berjumlah 2 bilion yuan (kira-kira US$281 juta) kepada negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) tahun ini, lapor Xinhua.

Xi membuat kenyataan itu ketika berucap pada Mesyuarat ke-25 Majlis Ketua-Ketua Negara SCO yang berlangsung di bandar pelabuhan Tianjin.

Selain itu, China juga akan menyalurkan pinjaman tambahan bernilai 10 bilion yuan kepada bank-bank anggota Konsortium Antara Bank SCO dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Xi.

Menurut beliau, jumlah stok pelaburan China di negara anggota SCO lain melebihi US$84 bilion, manakala perdagangan dua hala dengan negara anggota SCO kini mencecah lebih US$500 bilion setiap tahun.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan