KOTA BHARU, 17 Ogos (Bernama) -- Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu balak dan kayu siap diproses dianggar bernilai RM13.7 juta hasil pemeriksaan di sebuah kilang kayu di Mukim Batang Merbau, Tanah Merah semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata selain itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga China dan dua pekerja warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah ke negara ini.
"Kayu balak itu didapati tidak bercukai kerana tiada cap hasil cukai daripada Jabatan Perhutanan dan syarikat. Kayu berkenaan disyaki diperoleh daripada kegiatan pencerobohan khazanah hutan simpan di sekitar negeri ini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kesemua 800 batang kayu balak itu, 30,000 batang kayu yang siap diproses, peralatan memproses kayu serta jentera berat disita manakala kes disiasat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial