KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan kalangan pelabur menunggu keputusan berhubung kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang dijadualkan diumumkan lewat hari ini.
Kontrak September 2025 menokok kepada US$3,675.20 setiap auns troy daripada US$3,653.60 ketika ditutup pada Jumaat.
Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa berikutan cuti sambutan Hari Malaysia.
Sementara itu, kontrak Oktober 2025 naik kepada US$3,692.0 setiap auns troy daripada US$3,670.90 minggu lepas, manakala November 2025 meningkat kepada US$3,708.80 daripada US$3,687.70.
Jumlah dagangan susut kepada 175 lot daripada 315 lot semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 225 kontrak daripada 361 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal berharga US$3,695.40 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 16 Sept, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial