AM

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pejuang Kanser Usus

15/09/2025 07:24 PM

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan dan bakul makanan kepada pesakit kanser usus, Muhd Nir Izat Yaakob, sebagai tanda solidariti. 

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Muhd Nir Izat di kediamannya di Taman Dato’ Rashid di Kuantan, Pahang.

“Beliau (Muhd Nir Izat) tetap kelihatan tenang, tabah dan sesekali melempar senyuman yang menggambarkan beliau reda dengan ketentuan ini.

“Di sisi beliau, saya duduk mendengar luahan rasa dan harapan seorang pejuang kanser,” katanya menerusi hantaran Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri.

Ahmad Farhan turut mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan semangat juang buat Muhd Nir Izat sekeluarga.

“Kita mahu pastikan tiada siapa yang dibiarkan berjuang sendirian,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan