AM

Program Matrikulasi Perlu Dikekalkan, Laluan Utama Ke Ipt - UPSI

13/09/2025 02:26 PM

IPOH, 13 Sept (Bernama) -- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpandangan program matrikulasi perlu dikekalkan sebagai satu laluan utama ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) demi memastikan akses pendidikan yang adil dan menyeluruh bagi semua pelajar.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, pemansuhan program matrikulasi akan mengehadkan peluang pelajar ke pendidikan tinggi dan tidak selari dengan matlamat pembangunan pendidikan negara dalam jangka panjang.

"UPSI sentiasa yakin bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan amat komited dalam memastikan anak-anak Malaysia mendapat peluang pendidikan tinggi selaras dengan Perlembagaan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pihak UPSI amat berharap isu ini tidak menjadi polemik berterusan dan menasihatkan semua pihak supaya berganding bahu dalam memartabatkan mutu pendidikan tinggi negara," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, dilaporkan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) Tang Yi Ze menuntut program matrikulasi dimansuhkan dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan sebagai piawaian tunggal bagi kemasukan jurusan ijazah di universiti awam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan