AM

Undang-Undang Lebih Tegas Diperlukan Untuk Memerangi Ancaman Dadah Dalam Talian - Lee Lam Thye

13/09/2025 10:58 AM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perikatan Komuniti Selamat menggesa penggubal dasar supaya meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) bagi membanteras ancaman penjualan dadah dalam talian yang semakin membimbangkan.

Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata sindiket dadah kini semakin giat menggunakan platform dalam talian, aplikasi berciri inskripsi serta media sosial untuk mempromosi dan menjual dadah, dengan golongan belia menjadi sasaran utama.

“ADB yang digubal lebih 70 tahun lepas tidak lagi mencukupi untuk menangani kaedah baharu ini. Pengukuhan undang-undang amat mendesak bagi memperkasakan agensi penguatkuasaan dengan peruntukan lebih kuat, melindungi golongan muda dan rentan serta menutup segala kelompongan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata peruntukan lebih jelas juga akan mengukuhkan penguatkuasaan dan pendakwaan, sekali gus membolehkan pihak berkuasa mendapatkan sabitan terhadap pesalah.

“Penyalahgunaan dan pengedaran dadah masih lagi antara ancaman paling serius terhadap keselamatan negara, kesihatan awam serta kesejahteraan keluarga. Ia merosakkan kehidupan, menyuburkan jenayah dan melemahkan masyarakat. Keselamatan rakyat, khususnya belia, mesti menjadi keutamaan negara,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan