KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek beragregat US$960 juta (US$1=RM4.21) merentas tiga perbezaan tenor iaitu satu, tiga dan enam bulan.
Organisasi antarabangsa itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tenor satu bulan ditawarkan pada kadar 4.30 peratus untuk US$260 juta, tenor tiga bulan pada kadar 4.20 peratus untuk US$550 juta dan tenor enam bulan pada kadar 4.12 peratus untuk US$150 juta.
“Urus niaga ini menandakan lelongan sukuk ke-16 IILM setakat tahun ini, menjadikan jumlah terbitan kepada US$16.61 bilion merentas 49 siri sukuk dengan tenor yang berbeza-beza,” katanya.
Terbitan hari ini juga hadir sejurus selepas tawaran US$1.285 bilion pada minggu lalu.
Lelongan itu menarik permintaan kukuh daripada rangkaian peniaga utama IILM dan pelabur global yang pelbagai dengan jumlah bidaan mencecah US$2.3 bilion.
Ia mencatat nisbah bidaan kepada terbitan purata yang kukuh sebanyak 2.4 kali, menekankan peranan berterusan sukuk IILM sebagai instrumen pengurusan kecairan yang berkualiti tinggi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial