AM

Malaysia, Hong Kong Lihat Potensi Besar Perkukuh Hubungan Kargo

11/09/2025 10:03 PM

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Hong Kong melihat potensi besar dalam meningkatkan keterhubungan kargo antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, berteraskan model hab kembar.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara berkenaan antara fokus yang dibincangkan semasa pertemuan makan tengah hari dengan Setiausaha Pengangkutan dan Logistik Hong Kong Mabel Chan hari ini.

“Kami mengadakan perbincangan yang produktif bagi memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Hong Kong dalam sektor utama, khususnya penerbangan dan maritim,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Loke berkata beliau turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam mengawal selia industri e-hailing, memandangkan Majlis Perundangan Hong Kong kini sedang membahaskan undang-undang berkaitan perkhidmatan itu.

“Saya berharap dapat meneruskan dialog bermakna ini ke arah kerjasama ekonomi yang lebih rapat antara kedua-dua pihak,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan