AM

YSIJ Sumbang 1,000 Bakul Makanan Kepada Rakyat Pontian

09/09/2025 09:14 PM

PONTIAN, 9 Sept (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menyumbangkan 1,000 bakul makanan kepada keluarga komuniti Kukup dan Benut di daerah ini sebagai sebahagian usaha kebajikan dan kemasyarakatan.

Menurut hantaran di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup Datuk Jefridin Atan serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian Haziq Abdul Latiff sebelum diagihkan kepada penerima.

Majlis penyerahan berlangsung di Dewan Homestay Kampung Parit Puteri Menangis bagi komuniti Kukup, manakala bagi komuniti Benut diadakan di Dewan Terbuka Kompleks Penghulu Mukim Serkat.

Setiap bakul makanan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak bagi membantu meringankan beban rakyat kurang berkemampuan.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan