KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat produk tenusu yang beribu pejabat di Johor, Farm Fresh Bhd berharap Belanjawan 2026 akan mengekalkan pendanaan bagi menyokong perbelanjaan isi rumah untuk barangan keperluan di samping menyelesaikan dasar berkaitan kesihatan seperti cukai gula.
Ketua Pegawai Kewangan (CFO) kumpulan Mohd Khairul Mat Hassan berkata inisiatif seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu program bantuan sekali beri telah memberikan manfaat dalam memastikan rakyat Malaysia terutama isi rumah berpendapatan rendah mempunyai lebih banyak kuasa berbelanja bagi keperluan asas.
"Kami memberi tumpuan kepada barangan keperluan terutama susu untuk pemakanan. Lebih banyak inisiatif disasarkan yang menyalurkan sumber kepada keperluan penting akan memberi kebaikan kepada pengguna dan industri," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Kepimpinan Kemampanan CFO ASEAN di sini hari ini.
Mengenai cukai gula, Mohd Khairul berkata pendekatan yang lebih luas dan berstruktur diperlukan untuk memastikan perubahan tingkah laku dalam kalangan pengguna.
"Ini bukan sahaja mengenai sukrosa;gula tersembunyi seperti maltodekstrin juga perlu dipertimbangkan. Kerangka pengawalseliaan yang wajar melibatkan Kementerian Kesihatan, industri makanan dan sistem cukai akan memastikan dasar itu memberikan kesan yang sepatutnya," katanya.
Kerajaan dijadual membentangkan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial