AM

PM Anwar, Presiden Filipina Bincang Perkukuh Hubungan Dua Hala

08/09/2025 08:14 PM

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr. hari ini membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta mempererat kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perbincangan menerusi perbualan telefon itu turut menyentuh isu keselamatan serantau, pembangunan ekonomi dan keperluan memperkukuh perpaduan serta kesepaduan ASEAN dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.

“Kami turut berbincang terkait perkembangan konflik Thailand-Kemboja dan usaha-usaha bersama yang perlu dilakukan sebagai komitmen berterusan terhadap keamanan dan kestabilan serantau,” kata Anwar.

Malaysia mempengerusikan blok ASEAN dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan" serta menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat, program dan sidang kemuncak berkaitan ASEAN sepanjang tahun ini.

Malaysia pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan