KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat 10 mata kepada 1,604, September 2025 dan Disember 2025 menambah 10.5 mata masing-masing kepada 1,582.5 dan 1,582.5, manakala Mac 2026 naik 6.5 mata kepada 1,564.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,050 lot daripada 6,421 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 45,470 kontrak daripada 45,312 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.60 mata, atau 0.29 peratus, untuk ditutup kepada 1,597.47, daripada paras 1,592.87 pada Khamis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial