KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Kedah atas kemangkatan kakanda kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
“Salam takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Kedah atas kemangkatan YTM Datuk Seri Tunku Sakinah Almarhum Sultan Badlishah, kakanda kepada KDYMM Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
“Semoga Allah SWT merahmati roh Almarhumah,” titah Seri Paduka Baginda yang dikongsikan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Bakar Din dalam satu kenyataan memaklumkan Tunku Sakinah mangkat pada usia 95 tahun di Villa Seri Tunku, Alor Setar, Kedah pada 6.35 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham dimakamkan di Makam Diraja Langgar petang ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial