KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Johor Bahru.
Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.
Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 pada 20 Jun lepas menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial