KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Buat julung kalinya, wakil organisasi media elektronik dan digital dilantik menganggotai Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaras dengan pindaan Akta BERNAMA 1967 yang meluaskan keanggotaan lembaga berkenaan meliputi kedua-dua platform.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyampaikan surat pelantikan kepada Ketua Pegawai Media Sarawak Media Group Sdn Bhd Mohamad Sardon Zainal dan Pengarah Urusan Free Malaysia Today Media Azeem Abu Bakar sebagai anggota tetap lembaga berkenaan, berkuat kuasa 1 Sept 2025 hingga 31 Ogos 2027.
Pada majlis sama, yang berlangsung di Wisma Bernama di sini, Fahmi turut menyampaikan surat pelantikan kepada 19 lagi individu, termasuk Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai sebagai pengerusi lembaga itu.
Pelantikan mereka telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azhar Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Azlina Aziz dan Setiausaha Majlis Penyeliaan/Lembaga Pengelola Bernama Sharifah Zaini Syed Zain.
Berikut senarai anggota Lembaga Pengelola Bernama 2025-2027:
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial