DUNIA

Ringgit Dibuka Rendah Didorong Pasaran Menantikan Petunjuk Fiskal Belanjawan 2026

06/10/2025 09:25 AM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan peniaga menjangka dagangan dalam jajaran kecil untuk mata wang tempatan, dengan tumpuan beralih kepada sasaran defisit fiskal kerajaan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2026 pada minggu ini.

Pada 8.08 pagi, ringgit merosot kepada 4.2110/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2055/2125 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar pertukaran dolar AS-ringgit (USDMYR) dijangka berada dalam julat antara RM4.21 dan RM4.22 hari ini berikutan pasaran kekal berhati-hati menjelang pengumuman Belanjawan 2026 pada Jumaat ini.

“Tumpuan adalah pada pembentangan Belanjawan 2026 pada minggu ini. Kami menjangka kerajaan akan mengekalkan disiplin fiskal dengan pengurangan defisit belanjawan seterusnya pada tahun depan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata peruntukan belanjawan dijangka kekal stabil dengan terus menyokong permintaan domestik melalui aktiviti penggunaan dan pelaburan.

Katanya sentimen secara keseluruhannya dijangka positif terhadap ringgit berikutan kerajaan kekal komited terhadap langkah berhemat fiskal selain mengimbangi keperluan untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

Pada sesi dagangan awal, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.9336/9418 daripada 4.9360/9442 semasa ditutup pada Jumaat lepas, naik berbanding pound kepada 5.6571/6665 daripada 5.6577/6671 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8158/8206 daripada 2.8537/8586 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0005/0282 daripada 12.9807/13.0084 semasa ditutup pada Jumaat lepas, berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 254.2/254.7 daripada 253.9/254.4 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.27/7.29 daripada 7.26/7.28 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2598/2657 daripada 3.2621/2678.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan