JENAYAH & MAHKAMAH

Kenderaan JPJ Rosak Akibat Perbuatan Khianat

05/10/2025 07:36 PM

KUALA TERENGGANU, 5 Okt (Bernama) -- Sebuah kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu rosak dipercayai akibat perbuatan khianat, Rabu lepas.

Pengarah JPJ Terengganu Mohd Zamri Samion berkata kejadian dipercayai berlaku pada 9.45 pagi di sekitar kawasan tempat letak kereta di bangunan Pusat Niaga Paya Keladi di sini ketika petugas JPJ sedang menghadiri kursus pengurusan aset. 

Beliau berkata hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an menggunakan objek seperti batang kayu.

"Insiden itu disedari selepas kenderaan tersebut didapati retak cermin hadapan, cermin sisi dan cermin penumpang sebelah kanan.

"Laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan segera dan terperinci. Motif sebenar perbuatan itu juga masih dikenal pasti," katanya pada sidang media di Pejabat JPJ Terengganu di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata pihaknya memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu kerana ia bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda kerajaan, malah menjejaskan kelancaran urusan rasmi serta keselamatan petugas jabatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan