PONTIAN, 5 Okt (Bernama) -- Banjir kilat yang melanda lima kampung di daerah ini pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak semalam ditutup petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya secara rasmi ditutup pada 2 petang tadi.
"Sebanyak 157 penduduk dari 46 keluarga ditempatkan di PPS setakat 12 tengah hari tadi," katanya dalam kenyataan.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri itu berkata hujan lebat berterusan dan penurunan air Gunung Pulai menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Kawasan yang terlibat adalah Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.
Secara keseluruhan 159 penduduk daripada 46 keluarga ditempatkan di PPS itu yang dibuka pada 6 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial