KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122.8 bilion pada 12 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.
Dalam kenyataan pada Selasa, bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$109.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM628.30 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing, dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM519.33 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.75 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM27.68 bilion), tanah, bangunan dan aset tetap lain (RM4.57 bilion) serta aset-aset lain (RM59.61 billion).
Menurut BNM modal dan liabiliti berjumlah RM628.38 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM200.69 bilion), mata wang dalam edaran (RM173.70 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM108.42 bilion) , deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM30.46 bilion), deposit lain-lain (RM75.23 bilion), Kertas Bank Negara (RM8.4 bilion), peruntukan SDR (RM27.77 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.57 bilion).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial