AM

Jualan Agro MADANI Di Perlis Catat Nilai Jualan RM1.98 Juta Setakat Ini

21/09/2025 08:28 PM

KANGAR, 21 Sept (Bernama) -- Program Jualan Agro MADANI anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis merekodkan nilai jualan RM1.98 juta bagi tempoh Januari hingga kini dengan penjimatan kira-kira RM650,000 dinikmati rakyat negeri itu.

Pengarah FAMA Perlis Mohd Anzara Azizan berkata penganjuran program jualan itu berlangsung 161 kali melibatkan lebih 250 usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk segar pada harga berpatutan.

“FAMA sentiasa komited memberi khidmat terbaik kepada masyarakat melalui Jualan Agro MADANI. Inisiatif ini bukan sahaja membantu pengguna mendapatkan barangan pada harga berpatutan, malah membuka peluang pasaran usahawan tani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena penganjuran Jualan Agro MADANI di Pasar Tani Masjid Al-Istiqamah, Teluk Jambu di sini bersempena Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun FAMA Ke-60.

Mohd Anzara berkata penganjuran Jualan Agro MADANI hari ini mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) negeri selain Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) sebagai sinergi antara agensi dalam memberi manfaat kepada masyarakat.

“Antara aktiviti menarik ialah Jualan Kombo MADANI selain pembukaan kaunter khidmat TH, pertandingan makan buah-buahan dan pemeriksaan kesihatan asas percuma,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan