AM

Bekas Exco Selangor Raja Ideris Raja Ahmad Meninggal Dunia

17/09/2025 03:00 PM

SHAH ALAM, 17 Sept (Bernama) -- Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Raja Ideris Raja Ahmad meninggal dunia pada usia 81 tahun kerana sakit tua, pagi tadi.

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak dari 1990 hingga 2008 dan ADUN Sungai Air Tawar dari 2008 hingga 2013 itu meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 7, di sini.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor Datuk Rizam Ismail yang mengesahkan berita itu berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam. 

"Saya dan seluruh pimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," katanya kepada Bernama. 

Raja Ideris pernah menyandang tugas Exco kepada dua Menteri Besar Selangor iaitu, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamad Khir Toyo dengan memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Perikanan serta Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli, dan Pembangunan Usahawan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan