KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Politiknya Datuk Ahmad Farhan Fauzi hari ini menghulurkan sumbangan dan bakul makanan kepada seorang pesakit kanser payudara di Kuantan, Pahang.
Sumbangan kepada Noranita Abdul Raof disampaikan oleh Ahmad Farhan di kediaman wanita itu di Taman Dato’ Rashid.
“Sewaktu kaki melangkah masuk, air muka Puan Noranita terus menyentuh hati saya. Di sebalik senyuman yang cuba disembunyikan, tersimpan kisah perjuangan seorang ibu yang kini berjuang melawan kanser payudara,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri hari ini.
Beliau turut mendoakan agar Noranita terus kuat, diberikan kesembuhan dan rawatan yang dijalani dipermudah oleh Allah SWT.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial