JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat Lelaki Dengan Kesan Kecederaan Ditemukan Di Kapar

11/09/2025 05:01 PM

SHAH ALAM, 11 Sept (Bernama) -- Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan kecederaan ditemukan di tepi jalan di Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat di Kapar, Klang dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan seorang lelaki yang terbaring tidak sedarkan diri di kawasan berkenaan pada 3.30 pagi.

“Siasatan awal di lokasi mendapati seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan kecederaan.

“Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Vijaya Rao berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Chua Chong Kheow di talian 019-4217868 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara 03-32912222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular satu hantaran di laman Facebook berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat di Klang. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan