JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan 16 Individu Disyaki Terlibat Tipu Judi Dalam Talian

10/09/2025 03:50 PM

SEREMBAN, 10 Sept (Bernama) -- Polis menahan 14 warga China dan dua warga tempatan selepas disyaki terlibat sindiket penipuan perjudian dalam talian membabitkan rampasan bernilai RM35,000 menerusi serbuan di tiga premis kediaman di Port Dickson, dua hari lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata kesemua yang ditahan dalam serbuan selama dua jam bermula 5 petang itu berumur lingkungan 25 hingga 58 tahun yang berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan.

“Kesemua tangkapan melibatkan 11 lelaki dan lima wanita. Mereka dipercayai menjalankan kegiatan penipuan permainan atau loteri atau perjudian dalam talian yang menyasarkan warga China dan sindiket menggunakan aplikasi "QQ" dan "Telegram" untuk tujuan itu.

“Antara barang yang dirampas dalam serbuan ialah 26 unit telefon bimbit, sembilan unit komputer riba, satu set modem Unifi dan 1 unit router TP-Link,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan selain turut menasihati orang ramai untuk tidak terlibat dengan aktiviti sedemikian.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan