BERITA TERGEMPAR | Earthquake: 15 government buildings in Segamat suffered minor damage, estimated repair cost is RM550,550 - Ahmad Maslan | |
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Skuad wushu negara terus menampilkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas kelima pada hari terakhir Kejohanan Dunia ke-17 yang berlangsung di Brasilia, Brazil, semalam.
Pingat emas tersebut disumbangkan trio wanita negara yang dibarisi Tan Cheong Min, Lee Jia Rong dan Pang Pui Yee dalam acara Duilian selepas meraih 9.630 mata.
Pingat perak acara itu dimenangi trio Itali yang meraih 9.623 mata manakala trio Hongkong meraih pingat gangsa dengan 9.613 mata.
Sementara itu, trio lelaki negara yang dibarisi Clement Ting Su Wei, Si Shin Peng dan Bryan Ti Kai Jie turut tidak kurang hebat apabila menyumbang pingat gangsa dalam acara Duilian selepas mengutip 9.613 mata.
Pingat emas milik trio Macau yang mengumpul 9.620 mata manakala pingat perak diraih trio Hong Kong dengan catatan jumlah mata yang sama tetapi dibezakan menerusi faktor darjah kesukaran.
Secara keseluruhan Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Dunia edisi ke-17 dengan meraih lima emas, satu perak dan dua gangsa.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial