BERITA TERGEMPAR   Earthquake: 15 government buildings in Segamat suffered minor damage, estimated repair cost is RM550,550 - Ahmad Maslan | 
 AM

Mekanisme Pemantauan Dipertingkat, Pastikan Bekalan Mencukupi Untuk Program SARA - Fahmi

07/09/2025 02:58 PM

TAWAU, 7 Sept (Bernama) -- Kerajaan mempertingkat mekanisme pemantauan untuk memastikan bekalan barangan keperluan asas, terutamanya beras, sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan rakyat menerusi program Penghargaan Sumbangan Asas Rakyat (SARA).

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan menggunakan data masa nyata untuk mengenal pasti produk yang paling banyak dibeli dan memastikan tiada gangguan bekalan di pasaran.

“Kita dapat data itu secara real time (masa nyata). Jika jumlah pembelian sudah menembusi had tertentu, kita juga dapat kenal pasti kategori produk paling laris dan bagaimana untuk mengimbangkan bekalan supaya rakyat yang hadir ke mana-mana lokasi masih boleh menebus produk tersebut.

“Bagi bekalan seperti beras, ia di bawah kawal selia Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Jadi saya akan minta agar berdasarkan seminggu pelaksanaan SARA, kita dapat anggarkan kuantiti stok dan langkah yang perlu diambil untuk memastikan tiada gangguan bekalan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan SARA di sebuah pasar raya di Merotai, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan.

Fahmi berkata isu bekalan barangan di bawah program SARA akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Rabu minggu hadapan, dengan mekanisme khas akan dirangka bagi mengimbangi permintaan dan bekalan di lokasi tertentu.

Beliau berkata tinjauan hari ini mendapati beras tempatan antara produk yang mendapat permintaan tertinggi sehingga menyebabkan stok habis dijual di pasar raya berkenaan.

Di Dewan Undangan Negeri Merotai, katanya, hanya terdapat dua lokasi tebusan barangan SARA dan kajian akan dilakukan bagi menentukan keperluan penambahan lokasi berdasarkan permintaan semasa.

"Program SARA bermula dengan jumlah 700,000 penerima melibatkan kira-kira 2,000 premis. Tetapi kini, jumlahnya   uapi hari ini kita ada lebih 7,300 premis. Jadi saya percaya jumlah itu boleh ditingkatkan," katanya.

Selain itu, katanya terdapat keperluan mewujudkan talian hotline khas berikutan aduan daripada penerima SARA dan petugas kaunter antaranya mengenai sistem yang kadangkala tidak berfungsi. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan