AM

Gempa Bumi Lemah Landa Sri Medan, Johor Petang Tadi

04/09/2025 12:00 AM

JOHOR BAHRU, 3 Sept (Bernama) -- Satu gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter dikesan melanda kawasan Sri Medan, Parit Sulong, Batu Pahat, pada 6.39 petang tadi.

Menurut laman sesawang myGempa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran berada di koordinat 1.95 darjah Utara dan 102.99 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, tiada sebarang laporan kerosakan atau gegaran kuat diterima setakat ini.

Beberapa siri gegaran direkodkan di Segamat sebelum ini bermula dengan kejadian pertama pada 6.13 pagi 24 Ogos dengan magnitud 4.1; 8.59 pagi Rabu (3.2); 7.56 malam Khamis (2.5); 4.24 pagi Jumaat (3.4) dan 7.29 pagi Sabtu lepas (2.7).

Satu gegaran direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada 24 Ogos.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan