GEORGE TOWN, 2 Sept (Bernama) -- Sebanyak 4,000 akaun pengguna di kawasan Balik Pulau dekat sini, akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama lapan jam pada esok.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan gangguan dari 10 malam Rabu hingga 6 pagi Khamis disebabkan kerja pemasangan injap pengurangan tekanan (PRV).
“Pengguna terjejas dinasihatkan menyimpan air yang mencukupi bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan,” menurut PBAPP menerusi hantaran di Facebook hari ini.
PBAPP akan mengemas kini status gangguan dari semasa ke semasa.
Akaun pengguna terlibat ialah seluruh kawasan sepanjang Jalan Sungai Rusa, Kuala Sungai Pinang dan Taman Air Putih serta Jalan Sungai Pinang dari Simpang Jalan Baru hingga ke simpang Jalan Pantai Aceh dan Kampung Sungai Pinang.
Turut terlibat Jalan Permatang Pasir, Jalan Baru, Jalan Sungai Burung, Kuala Jalan Baru, Taman Manggis, Tingkat Sungai Rusa 1 dan 2, Persiaran Sungai Rusa, Lorong Sungai Rusa 1 hingga 3, Lorong Desa Pinang 2 dan 4, Lorong Puncak Pinang dan Lorong Puncak Pinang 2 hingga 8.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial