KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ejen insurans yang disyaki bersubahat dalam kes pelaburan palsu membabitkan nilai kira-kira RM21 juta.
Menurut sumber suspek berusia 40-an itu ditahan pada 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
"Siasatan awal mendapati sebanyak 22 pelabur telah diperdaya untuk melabur RM21 juta di sebuah koperasi di Lembah Klang, namun wang pelaburan itu tidak diterima oleh koperasi berkenaan dan pelabur hanya diberi sijil pelaburan palsu.
“Suspek dipercayai melakukan kesalahan berkenaan sekitar 2023 hingga tahun ini,” katanya kepada Bernama.
Susulan itu, suspek direman lima hari hingga 24 Ogos selepas Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial