AM

 SPRM, JIPS Perkukuh Kerjasama Tingkat Persepsi Masyarakat

20/08/2025 07:16 PM

PUTRAJAYA, 20 Ogos (Bernama)– Setiap kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan sesuatu kes, sama ada besar atau kecil mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keberkesanan pihak berkuasa menangani jenayah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki berkata, masyarakat tidak memandang skala sesuatu kes, sebaliknya melihat kepada hasil usaha polis menyelesaikan masalah tersebut sebagai satu bentuk kejayaan.

“Sebagai contoh, New York Police Department (NYPD) menyiasat kes kecil tetapi dianggap satu pencapaian besar. Masyarakat melihatnya sebagai keberkesanan pasukan polis itu sendiri,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Tan Sri Azam turut menyatakan kesediaan SPRM untuk menjalin kerjasama strategik dengan JIPS dalam usaha memperkukuhkan persepsi masyarakat terhadap kedua-dua agensi tersebut.

Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Dato’ Zainul Darus; Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod Dan Maklumat SPRM, KPKPj Norkhafizin Isa; Timbalan Pengarah JIPS, Datuk Suryani Sungit serta pegawai-pegawai JIPS.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan